Wednesday 23 December 2015

HARI YANG SUNGGUH BERMAKNA - LOAN LULUS! ALHAMDULILLAH

insyaallah  

inilah rumahnya nanti












Jadi, aku kena menyimpan lagi untuk standby duit masuk rumah,upgrade dapur dan barang2 dalamnya.

Dijangka siap July 2017

Alhamdulillah Syukur...

Beli Semi D 2 Tingkat, LakeFront Kotasas, Kuantan

Akhirnya
aku membeli rumah Semi D 2 Tingkat di LakeFront,Kotasas.

Duit simpanan dan dividen buat deposit rumah
Hasil sawit dapat buat topup bayar instalment rumah.

BROCHER SEMI D 2 2TGKT


BAYARAN BOOKING


PINTU MASUK UTAMA KE LAKEFRONT


RUANG TAMU RUMAH


INFO GRAFIK SEMI D 2-TGKT


PLAYGROUND TEPI TASIK DI LAKEFRONT

Di lakefront, hadapan tasik dibuat banglo. Tapi harganya RM 1.3juta
Aku mampu beli rumah di simpang tepi banglo sahaja. huhu
Nak ke tasik jalan kaki dalam 50m.



Membeli Rumah Pertama

Hasil menyimpan, aku nekad untuk membeli rumah pertama aku di Kuantan. Lokasinya di Kotasas.
Sepertimana ramai orang yang tahu,Kotasas adalah bandar baru di Kuantan berkonsepkan seperti Putrajaya. Bangunan kerajaan negeri Pahang akan ditempatkan disitu.

Bangunan Kerajaan di Kotasas kelak


PELAN KOTASAS


RUMAH BELI DI LAKEFRONT, KOTASAS

Friday 24 July 2015

Pelaburan Mulai Berbunga Hasil

Alhamdulillah, syukur padamu Allah. Pelaburan untuk sawit nampaknya menampakkan hasil. Setelah bertungkus lumus supaya pelaburan ni tak rugi pada masa depan.

Rimbunan buah
Mula tanam pertengahan 2013

Besar dah pokok ku

Thursday 19 March 2015

Sibuk Dengan Urusan Luar

Agak lama aku tak menulis blog kerana sibuk dengan urusan kerja luar.

Alhamdulillah jika tidak ada aral melintang, pada penghujung tahun ini simpanan ini berjumlah enam angka. GST akan menjelma. Buatlah persiapan dan perbelanjaan dengan rapi.

Monday 11 August 2014

Tuesday 8 July 2014

Dana Baru Masuk : CIMB Islamic Equity Fund

Baru-baru ni masuk sejumlah wang ke CIMB Dali untuk pelaburan yang memang jangka pangjang.
Dengan dividen yang lebih kurang 15% setahun dan juga patuh syariah membuatkan aku memilih CIMB Dali.


Kalau ada akaun 1 KWSP  yang cukup untuk pelaburan, boleh melabur.
Sale charge 3% setiap kali nak masukkan wang untuk simpanan ini.