Friday 23 August 2013

Review Jumlah Simpanan

Tadi, masa buat kira-kira perbelanjaan terkejut dengan jumlah simpanan yang dah buat
dari April 2013 hingga August 2013 hari ini.

Berbaloi mengikat perut dan belanja dengan berhemah. Ternyata rasa rugi bila dah terlewat buat simpanan camni.

Jumlah simpanan RM 20,870.00 selama 4 bulan lebih.
Termasuk ASB, emas dan simpanan bank.

Alhamdulillah..

Ayuh menyimpan sekarang!

Sunday 4 August 2013

ASB- 05.08.2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,503.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 6,006.00

Simpan ke ASB dulu baru berbelanja raya. Ramai orang di post office untuk kuar wang ASB.
Nampak ramai orang isi borang merah berbanding aku borang biru untuk simpan.
Sebenarnya ini nekad, kalu diikutkan memang takde duit lebih untuk raya. Tapi alhamdulillah ada la skit
duit tabung dapat backup. So duit untuk simpan ASB tak berusik kepada raya.. 

Sampai kaunter, pegawai tu cakap.

"orang lain kuar, u plak masuk"  sambil sengih.

I balas

"beri ASB raya dulu, baru bleh raya cik"


 Memang perit, tapi kena berterusan kalu nak berjaya