Sunday 29 December 2013

Pemenang SSP BSN 1 JUTA Cabutan 28 Desember 2013


Warga tua pemenang Cabutan SSP
Petaling Jaya: Sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna bagi warga tua, Rokeah Mohd Sidek, 77, apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) RM1 juta menerusi Cabutan SSP Disember. 

Seorang sukarelawan memilih nombor pada Karnival Cabutan SSP di Tropicana City Mall, semalam.

Kemenangan Rokeah dari Jelebu, Negeri Sembilan yang menjadi penyimpan SSP sejak 1990 mengakhiri Pencarian Jutawan RM1 Juta yang diadakan Bank Simpanan Nasional (BSN), sejak awal tahun ini. 

Naib Presiden Kanan BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya, berkata Rokeah adalah antara 44,000 pemenang bertuah yang terpilih menerusi Cabutan SSP sepanjang tahun ini. “Kami percaya, kesetiaan Rokeah sebagai penyimpan SSP dengan jumlah pelaburan melebihi RM20,000 berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSP. “Semoga kemenangan Rokeah menjadi pencetus dan perangsang kepada pelanggan lain untuk menyimpan dalam SSP,” katanya pada sidang media di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston E Jeyaprakash. Mohd Sofi berkata, BSN akan menambah dua kategori baru dalam Cabutan SSP pada 2014 iaitu Cabutan Kenang Budi dan Cabutan Khas Korporat.

Sumber: http://berita.cari.com.my/news.php?id=70403


Tahniah kepada Makcik Rokeah dari Jelebu. Memang dianggap bertuah dengan simpanan konsisten dari tahun 1990.
Apepun aku masih menunggu keputusan untuk cabutan SSP BSN Desember 2013. Website BSN masih belum update lagi.

Sunday 8 December 2013

Sijil Simpanan Premium BSN (SSP Dec 2013)

Hari ini, setelah bertungkus lumus mencari mana-mana sumber wang tabungan, akhirnya dapat kumpul dalam Rm 1,000.00

Terus pergi ke BSN cawangan terdekat untuk menyertai SSP BSN bagi cabutan bulan Desember. Ada disediakan hadiah istimewa iaitu RM 1,000,000.00 bagi pemenang bertuah. Tapi apa daya, untuk nak masuk kena at least RM 3,000.00 masuk baru boleh diterima penyertaan. Tak apelah, tak ada rezeki.

Hanya cabutan bulanan biasa aku layak. Setiap sijil berharga RM10 jadi aku mempunyai 100 nombor untuk menyertai peraduan ini.

Selain ASB aku juga pertama kali menyertai SSP BSN sebagai mencuba nasib. Ada juga hadiah cabutan bulan Desember iaitu kereta dan sebagainya.

Resit Sijil Simpanan Premium SSP BSN bernilai RM 1,000

Resit ini adalah sijil ssp yang telah beli bernilai RM 1,000.00 dan jika nak tebus boleh kembalikan ke bank semula. Jika hilang hanya bawak ic sahaja. Yang penting ada no siri untuk melihat tuah badan kalau menang hadiah berupa di bawah.

Ini adalah senarai hadiah cabutan bagi Desember 2013.



Bagi bulan lepas, ada pemenang yang telah mendapat hadiah kereta Camry tu. Tahniah.
  Untung badan siapa tahu ye tak

Aku hanya mencuba, mana tau dapat tuah.. :)

Semoga dipermudahkan. Amin. 


Tambahan pembelian SSP BSN untuk Desember 2013 daripada isteri. Dia beli secara online melalui Mybsn. Senang je just click and tekan ok. Saja suka-suka mana tau jika rezeki dapat voucher barang  kemas katanya. 
beli 96 unit SSP BSN online
 

Ayat Biasa Tapi Baru Amal

" Usaha Tangga Kejayaan"

Selalu dalam sekolah rendah dulu-dulu, ayat ni memang dah biasa aku dengar.
Tapi amat jarang aku praktik. Kini dah tua baru sedar apa makna sebenar ayat ini.
Memang kena betul-betul nekad dan berusaha barulah tangga kejayaan itu dapat didaki.
Tapi bukan terus ke puncak. Step by step melangkah baru ada feel naik tangga.

Aku benar-benar ingin senang 8 tahun kehadapan. Biar penat jerih dahulu.