aku buat blog ni pun adalah untuk tatapan aku sendiri. adakah aku boleh capai apa yang aku tulis.
adakah aku ni disiplin dalam menyimpan. dan tatapan bila anak-anak membesar, masa tu mungkin aku dah
tua.
ada seorang isteri tercinta dan 2 orang anak tersayang (tambah lagi 1).
isteriku suri rumah terbaik.
kete aku honda accord sm4, third hand. beli pada 2007.
rumah sewa sahaja. tak mampu beli lagi (dah beli dec2015) .
planning nak bina rumah sendiri.(tak jadi)
aku mula menyimpan ASB ni pun sebab baru lepas baca buku Jutawan Azizi Ali. terima kasih kepada beliau. dorongan dari buku tu buat aku tak lena tidur selama seminggu. habis segala buku aku conteng dengan kiraan matematik tentang wang,isi rumah,perbelanjaan dan sebagainya untuk start menyimpan ke ASB.
aku tak pandai menaip karangan.
tahun ni baru aku betul-betul insaf untuk menyimpan demi masa depan. aku tahu dah terlambat. tapi aku pegang kata-kata orang, lebih baik bermula lambat dari langsung tak bermula.
aku anggap ASB ni umpama ahlong pada aku. jadi aku akan komit untuk terus menyimpan. dan dengan adanya blog untuk diari aku ini..mungkin sebagai semangat aku untuk terus jayakan misi simpanan aku. dan mana-mana yang baik jadikan teladan,buruk jadikan sempadan.
aku ada juga baca teknik emas. jadi aku mulakan dengan hanya seutas gelang kawin isteri aku untuk gandakan. kini, alhamdulillah,..berkat kesabaran dan rezeki dari Allah yang beri, emas yang aku gadai kini dah beranak hingga berat 108gram dari 12gram.
koleksi emas, isteri senyum memanjang.
aku nak pastikan yang aku akan terus menyimpan untuk jaminan keluarga akan datang.
Insyaallah..
Ini buku yang aku baca. semangat lain bila baca. terima kasih azizi ali.
dalam buku ni keseluruhannya banyak berkisar tentang simpanan. itu pokok asas sekali untuk perancangan kewangan. banyak kaedah teknikal diceritakan dalam buku ibubapa bijak,anak mewah.
amnya, buku ini telah membuat aku bermula dan bertindak.
No comments:
Post a Comment