Monday 27 January 2014

Hidup Dibawah Kemampuan

Aku syukur kepada Allah kerana beri aku kekuatan dan rezeki kepada aku.

Kadang-kadang aku penat. Aku bekerja boleh kata tak berhenti. Siang-malam.
Lepas balik rutin kerja harian, aku sambung berniaga pula sampai ke larut malam.
Manakala hujung minggu aku ke kebun pula untuk pastikan kebun menjadi .
Malam pula aku banyak baca buku perancangan kewangan,motivasi dan ekonomi.
Kiranya aku ni, pekerja-peniaga-pekebun (3 dalam 1)

Memang ada penat. Tapi selagi ada daya,aku terus..bila dah sakit semuanya akan terhad masa tu.



Dulu aku pernah join MLM sebab nak cepat hidup senang.
Tersungkur.
Habis dipulau adik beradik dan teman.
Last jual barang dalam rumah, vcd player untuk belikan susu anak.

Hingga aku bangkit kembali bersama isteri untuk pastikan anak-anak aku terjamin masa depan.

Alhamdulillah,..
Untuk setakat ini, aku tak pernah menyimpan hingga berbelas ribu. Inilah kali pertama aku dapat simpan hingga 5 angka. Syukur.

Dengan simpanan Ah-Long ASB aku ni, aku rasa mampu untuk memandu kereta impian BMW 325i series. Tetapi memadai aku memandu Honda lama 1990 yang berjasa ini. Dengan itu dapat simpan wang untuk pelaburan masa hadapan.

Aku mesti penuhkan dulu ASB dalam masa 7tahun dari sekarang.

Kereta Impian 

vs

Simpanan ASB RM200,000 impian
Sudah tentu penuhkan ASB pilihan tak ragu-ragu


Walaupun aku mengetat habis perbelanjaan, tetapi aku tetap adakan tabungan untuk percutian keluargaku bersama anak-anak. Supaya mereka tidak terjebak dalam stress bilamana aku membuat simpanan besar-besaran di tahun cabaran 2014 ini.

Untuk 2014, aku cuba cabar dengan bermula RM 2,000 sebulan dan dengan ini aku perlu hidup semakin ke dalam dibawah kemampuan sebenar.

Mampukah aku?



Percutian idaman 2014
Tanjung Jara Beach Resort, Dungun

Tuesday 14 January 2014

ASB- 15.01.2014- Dividen ASB 2013

 penyata dividen ASB 2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 2,008.00
Keluar: RM 0
Dividen 2013 7.7sen : RM 289.19
Bonus 2013  1.0sen : RM 3.76
Jumlah: RM 14,328.95

Hari ini, merupakan hari penuh debar bagi aku. Karena ingin update buku untuk ketahui dividen dan disamping untuk masuk wang kepada ah-long ASB ni.

Aku memang jangka, mungkin dapat lebih kurang RM 300 dividen jika perolehan dia beri 7.8sen seunit.
Tapi Alhamdulillah Syukur, aku dapat RM 289.19 bagi dividen dan bonus RM 3.76.

Ini merupakan detik permulaan yang baik bagi aku untuk akan datang.

Duit dividen ini aku tidak usik, biarlah aku peram.

Juga aku masukkan lebihan 500 bagi bulan ini, hasil simpanan dari bulan lepas. 

Aku tak sangka dengan adanya cermin ini, membuat aku komited untuk disiplin dalam menabung untuk keluarga dan masa depan anak-anak.

Sesungguhnya tidak ada jalan pintas untuk cepat berjaya. Memang banyak godaan mendatang.

Semoga paparan ini membuat aku bermotivasi untuk teruskan simpanan ini. Amin

Monday 6 January 2014

Keputusan Cabutan SSP BSN Desember 2013

keputusan cabutan ssp bagi Desember telah diumumkan semalam melalui online BSN

Tahniah kepada pemenang bagi cabutan Des 2013.
Penantian lama telah ditunggu-tunggu, tiada tuah bagi aku. Tak mengapa kita hanya mencuba.

Insyaallah sebelum penutup Jan 14 ini aku akan tebus semula SSP aku ni kepada tunai dan pindahkan ia ke ASB aku. Sepertimana target didalam jadual aku.

Oh ya, ASB aku tidak update lagi dengan dividen, mungkin sebelum hujung Jan 14 aku akan update buku dan masukkan sekali dana simpanan sendiri aku ke ASB.

2014= Tahun meruncingkan bagi segalanya.