3 Year Forecast RM150k


Jadual forecast ini saja aku buat untuk mendapat bacaan tentang perjalanan wang masuk dan keluar untuk 3 tahun pertama.

Dengan memohon pinjaman sebanyak RM 30,000.00 dan membayar balik dalam masa 3 tahun juga untuk membantu adik-beradik dan sedikit melabur kepada emas.

Cuma tumpuan lebih aku berikan kepada emas. Disini walau hanya aku membeli emas tetapi aku gadaikan untuk mendapat sejumlah wang untuk dilaburkan. Dan sudah tentu dalam masa 6 bulan aku perlu tebus emas aku itu, dan pajak kan lagi untuk mendapat sejumlah wang seterusnya.

Paras siling pajakan emas untuk diri aku,aku tetapkan hanya RM 10,000.00 sahaja dan tidak lebih. Kerana kalau lebih aku bimbang nanti emas tidur di pajak gadai. Sudah rugi kerana ianya bukan aset cair.

Aku menjangkakan pusingan pajak dan gadai ini akan berterusan sehinggalah hasil sawit keluar pada tahun 2016. Dan hasil dari sawit tersebut aku akan letak di dalam simpanan khusus, supaya aku dapat membeli sejumlah lagi tanah sawit dan jika ada duit lebih aku belikan tanah untuk pusingan property.

Insyaallah, semoga dipermudahkan segala rancangan ini. Cuma di masa akan datang sudah tentu inflasi meningkat,dan sebab itu aku targetkan sejumlah gram emas untuk mengatasi inflasi akan datang itu.

No comments:

Post a Comment