Sunday 29 December 2013

Pemenang SSP BSN 1 JUTA Cabutan 28 Desember 2013


Warga tua pemenang Cabutan SSP
Petaling Jaya: Sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna bagi warga tua, Rokeah Mohd Sidek, 77, apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) RM1 juta menerusi Cabutan SSP Disember. 

Seorang sukarelawan memilih nombor pada Karnival Cabutan SSP di Tropicana City Mall, semalam.

Kemenangan Rokeah dari Jelebu, Negeri Sembilan yang menjadi penyimpan SSP sejak 1990 mengakhiri Pencarian Jutawan RM1 Juta yang diadakan Bank Simpanan Nasional (BSN), sejak awal tahun ini. 

Naib Presiden Kanan BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya, berkata Rokeah adalah antara 44,000 pemenang bertuah yang terpilih menerusi Cabutan SSP sepanjang tahun ini. “Kami percaya, kesetiaan Rokeah sebagai penyimpan SSP dengan jumlah pelaburan melebihi RM20,000 berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSP. “Semoga kemenangan Rokeah menjadi pencetus dan perangsang kepada pelanggan lain untuk menyimpan dalam SSP,” katanya pada sidang media di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston E Jeyaprakash. Mohd Sofi berkata, BSN akan menambah dua kategori baru dalam Cabutan SSP pada 2014 iaitu Cabutan Kenang Budi dan Cabutan Khas Korporat.

Sumber: http://berita.cari.com.my/news.php?id=70403


Tahniah kepada Makcik Rokeah dari Jelebu. Memang dianggap bertuah dengan simpanan konsisten dari tahun 1990.
Apepun aku masih menunggu keputusan untuk cabutan SSP BSN Desember 2013. Website BSN masih belum update lagi.

Sunday 8 December 2013

Sijil Simpanan Premium BSN (SSP Dec 2013)

Hari ini, setelah bertungkus lumus mencari mana-mana sumber wang tabungan, akhirnya dapat kumpul dalam Rm 1,000.00

Terus pergi ke BSN cawangan terdekat untuk menyertai SSP BSN bagi cabutan bulan Desember. Ada disediakan hadiah istimewa iaitu RM 1,000,000.00 bagi pemenang bertuah. Tapi apa daya, untuk nak masuk kena at least RM 3,000.00 masuk baru boleh diterima penyertaan. Tak apelah, tak ada rezeki.

Hanya cabutan bulanan biasa aku layak. Setiap sijil berharga RM10 jadi aku mempunyai 100 nombor untuk menyertai peraduan ini.

Selain ASB aku juga pertama kali menyertai SSP BSN sebagai mencuba nasib. Ada juga hadiah cabutan bulan Desember iaitu kereta dan sebagainya.

Resit Sijil Simpanan Premium SSP BSN bernilai RM 1,000

Resit ini adalah sijil ssp yang telah beli bernilai RM 1,000.00 dan jika nak tebus boleh kembalikan ke bank semula. Jika hilang hanya bawak ic sahaja. Yang penting ada no siri untuk melihat tuah badan kalau menang hadiah berupa di bawah.

Ini adalah senarai hadiah cabutan bagi Desember 2013.



Bagi bulan lepas, ada pemenang yang telah mendapat hadiah kereta Camry tu. Tahniah.
  Untung badan siapa tahu ye tak

Aku hanya mencuba, mana tau dapat tuah.. :)

Semoga dipermudahkan. Amin. 


Tambahan pembelian SSP BSN untuk Desember 2013 daripada isteri. Dia beli secara online melalui Mybsn. Senang je just click and tekan ok. Saja suka-suka mana tau jika rezeki dapat voucher barang  kemas katanya. 
beli 96 unit SSP BSN online
 

Ayat Biasa Tapi Baru Amal

" Usaha Tangga Kejayaan"

Selalu dalam sekolah rendah dulu-dulu, ayat ni memang dah biasa aku dengar.
Tapi amat jarang aku praktik. Kini dah tua baru sedar apa makna sebenar ayat ini.
Memang kena betul-betul nekad dan berusaha barulah tangga kejayaan itu dapat didaki.
Tapi bukan terus ke puncak. Step by step melangkah baru ada feel naik tangga.

Aku benar-benar ingin senang 8 tahun kehadapan. Biar penat jerih dahulu.


Monday 25 November 2013

ASB- 26.11.2013 (akhir 2013)


 penyata menghampiri 2 muka surat

Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,507.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 12,028.00

Simpanan untuk bulan ini sebelum tutup operasi asb untuk pengiraan dividen pada 12 nanti.
Aku masuk awal untuk mendapatkan dividen penuh bagi bulan Desember depan.

Jadi akaun ini akan aku simpan elok-elok dan akan kembali pada bulan January 2014 nanti.
Alhamdulillah segala simpanan ini mengikut apa yang dijadualkan.

Sungguh tak sabar menunggu dividen walau mungkin dapa sikit je..tapi boleh ibarat duit motivasi bagi aku.

Selalu aku gunakan istilah "tunggu gaji" utk apa-apa pembelian yang tak penting. Kalau anak2 nak mainan aku akan cakap "tunggu ayah gaji baru ayah beli ye" pastu masuk kedai rm2 beli mainan.



Wednesday 6 November 2013

Review Jumlah Simpanan Nov 13

Hari ini membuat kira-kira untuk perancangan perbelanjaan bagi bulan Nov 2013 dan juga melihat forecast untuk tahun 2016, dimana aku membuat target untuk mendapat simpanan berjumlah RM150,000.00 selama tiga tahun mendatang ini.

Banyak lagi kena baiki untuk follow forecast ini. Pun begitu, ada juga data aliran yang mengikut forecast seperti mana dirancang.

Antara target tambahan untuk nilai simpanan adalah dengan menambah dinar emas bagi setiap bulan. Ini adalah untuk mengurangkan spread apabila menjual pada tahun 2016 kelak.

Jumlah Simpanan RM 26,400 Bermula April 2013 (7 bulan)
Termasuk ASB, emas dan simpanan kecemasan.

Alhamdulillah.



Saturday 2 November 2013

Emas Perhiasan-Pengalaman Berguna Aku

Hari ini pengalaman kesilapan pada aku. Memang aku tahu tentang spread yang tinggi mengenai emas perhiasan ini. Dan aku beli pun bukan tujuan pelaburan. Hanya beli untuk betul-betul membuat simpanan. Pun begitu, aku tidak boleh lari dari menjual semula untuk mendapatkan wang. Kebiasaannya aku akan gadai emas, tetapi kali ini aku memilih salah satu emas perhiasan untuk dijual.

Ini adalah antara emas perhiasan yang aku beli dan kumpul.
Semuanya bernilai RM 15,770.00 114.11gram

Gelang tangan kait-kait aku jual pada hari ini. Ketika aku membeli ianya berharga RM 1,180.00

Beli RM 1,180

Dan masa aku jual hari ini 
Jual RM 760.00

Nampak banyak beza kan. Jumlah beza adalah RM423.00 hampir 1 dinar tu.
Yelah kan, apa boleh buat inilah pengalaman yang berharga bagi aku.
Lagipun untuk emas perhiasan ini, kalau nak untung ianya makan tahun.
Kecuali jika kita melabur pada emas jongkong.Spreadnya rendah.

Bulan 9 baru ini, aku menghadiahkan 1dinar kepada isteri tersayang. Memandangkan bagi aku emas perhiasan sudah cukup banyak, ubah kepada emas bar pula.
Aku beli dari dealer Public Gold. Memang banyak penerangan diberikan.

Uncang Public Gold

1 Dinar RM605.00 masa beli untuk hadiah harijadi isteri

Aku target untuk beli lagi 1 dinar emas pada bulan Nov 13 ini. Nampaknya tabung percutian Langkawi untuk bulan ini tak dapat isi la.

Yang bagusnya tentang emas bar ini, boleh digadai di Bank Rakyat Ar-Rahnu. Senang macam tu. Dulu tak boleh, sekarang boleh. Saya mesti pilley..

Tuesday 29 October 2013

ASB- 30.10.2013

Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,506.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 10,521.00 

Yahoo...!! Alhamdulillah :)
Hari ini merupakan seperti hari raya bagi aku sekeluarga, dengan tekad menyimpan, kini jumlah simpanan telah mencapai 5 angka. Aku bangga dengan diri sendiri. Mungkin setengah orang sikit je dengan RM10k ni, tapi bagi kami..amat-amat besar.. 

Tak sangka juga, dengan adanya blog ni..membuatkan aku lebih komited dalam apa jua urusan terutama mengenai wang. Syukur alhamdulillah.

Kini simpanan ASB ku sudah mencapai 5% daripada RM200,000.00 
Moga dipermudahkan. Amin


Saja aku buat ilustri kat bawah ni untuk motivasi diri sendiri.. :)



Tuesday 8 October 2013

ASB- 09.10.2013

Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,505.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 9,015.00

Monday 9 September 2013

ASB- 10.09.2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,504.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM7,510.00



Friday 23 August 2013

Review Jumlah Simpanan

Tadi, masa buat kira-kira perbelanjaan terkejut dengan jumlah simpanan yang dah buat
dari April 2013 hingga August 2013 hari ini.

Berbaloi mengikat perut dan belanja dengan berhemah. Ternyata rasa rugi bila dah terlewat buat simpanan camni.

Jumlah simpanan RM 20,870.00 selama 4 bulan lebih.
Termasuk ASB, emas dan simpanan bank.

Alhamdulillah..

Ayuh menyimpan sekarang!

Sunday 4 August 2013

ASB- 05.08.2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,503.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 6,006.00

Simpan ke ASB dulu baru berbelanja raya. Ramai orang di post office untuk kuar wang ASB.
Nampak ramai orang isi borang merah berbanding aku borang biru untuk simpan.
Sebenarnya ini nekad, kalu diikutkan memang takde duit lebih untuk raya. Tapi alhamdulillah ada la skit
duit tabung dapat backup. So duit untuk simpan ASB tak berusik kepada raya.. 

Sampai kaunter, pegawai tu cakap.

"orang lain kuar, u plak masuk"  sambil sengih.

I balas

"beri ASB raya dulu, baru bleh raya cik"


 Memang perit, tapi kena berterusan kalu nak berjaya




Sunday 7 July 2013

ASB- 08.07.2013





Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,502.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 4,503.00

Tuesday 11 June 2013

ASB- 12.06.2013





Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,501.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 3,001.00

Tuesday 28 May 2013

ASB- 09.05.2013 (permulaan)



(Baru belajar blog..nasiblaa.)

Permulaan Simpanan.
Masuk: RM 1,500.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 1,500.00

Ikat perut...tapi selera makan tak.
Aku cuba untuk naikkan gambar simpanan ASB ini tiap kali update.
Macam cermin diri aku sendiri. Kadang-kadang aku sendiri tak nampak dimana aku berdiri.
Dengan blog ntah apa-apa nama aku letak ni, menjadi cermin diri sendiri.

Tentu aku malu kalau ada terpampang di "UNIT KELUAR".

Aku cuba bertahan dengan terus menyimpan demi masa depan keluargaku.

Insyaallah dengan blog ini untuk rujukan diri sendiri demi kemajuan akan datang.