Sunday 29 December 2013

Pemenang SSP BSN 1 JUTA Cabutan 28 Desember 2013


Warga tua pemenang Cabutan SSP
Petaling Jaya: Sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna bagi warga tua, Rokeah Mohd Sidek, 77, apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) RM1 juta menerusi Cabutan SSP Disember. 

Seorang sukarelawan memilih nombor pada Karnival Cabutan SSP di Tropicana City Mall, semalam.

Kemenangan Rokeah dari Jelebu, Negeri Sembilan yang menjadi penyimpan SSP sejak 1990 mengakhiri Pencarian Jutawan RM1 Juta yang diadakan Bank Simpanan Nasional (BSN), sejak awal tahun ini. 

Naib Presiden Kanan BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya, berkata Rokeah adalah antara 44,000 pemenang bertuah yang terpilih menerusi Cabutan SSP sepanjang tahun ini. “Kami percaya, kesetiaan Rokeah sebagai penyimpan SSP dengan jumlah pelaburan melebihi RM20,000 berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSP. “Semoga kemenangan Rokeah menjadi pencetus dan perangsang kepada pelanggan lain untuk menyimpan dalam SSP,” katanya pada sidang media di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston E Jeyaprakash. Mohd Sofi berkata, BSN akan menambah dua kategori baru dalam Cabutan SSP pada 2014 iaitu Cabutan Kenang Budi dan Cabutan Khas Korporat.

Sumber: http://berita.cari.com.my/news.php?id=70403


Tahniah kepada Makcik Rokeah dari Jelebu. Memang dianggap bertuah dengan simpanan konsisten dari tahun 1990.
Apepun aku masih menunggu keputusan untuk cabutan SSP BSN Desember 2013. Website BSN masih belum update lagi.

1 comment: