Wednesday, 6 November 2013

Review Jumlah Simpanan Nov 13

Hari ini membuat kira-kira untuk perancangan perbelanjaan bagi bulan Nov 2013 dan juga melihat forecast untuk tahun 2016, dimana aku membuat target untuk mendapat simpanan berjumlah RM150,000.00 selama tiga tahun mendatang ini.

Banyak lagi kena baiki untuk follow forecast ini. Pun begitu, ada juga data aliran yang mengikut forecast seperti mana dirancang.

Antara target tambahan untuk nilai simpanan adalah dengan menambah dinar emas bagi setiap bulan. Ini adalah untuk mengurangkan spread apabila menjual pada tahun 2016 kelak.

Jumlah Simpanan RM 26,400 Bermula April 2013 (7 bulan)
Termasuk ASB, emas dan simpanan kecemasan.

Alhamdulillah.



Saturday, 2 November 2013

Emas Perhiasan-Pengalaman Berguna Aku

Hari ini pengalaman kesilapan pada aku. Memang aku tahu tentang spread yang tinggi mengenai emas perhiasan ini. Dan aku beli pun bukan tujuan pelaburan. Hanya beli untuk betul-betul membuat simpanan. Pun begitu, aku tidak boleh lari dari menjual semula untuk mendapatkan wang. Kebiasaannya aku akan gadai emas, tetapi kali ini aku memilih salah satu emas perhiasan untuk dijual.

Ini adalah antara emas perhiasan yang aku beli dan kumpul.
Semuanya bernilai RM 15,770.00 114.11gram

Gelang tangan kait-kait aku jual pada hari ini. Ketika aku membeli ianya berharga RM 1,180.00

Beli RM 1,180

Dan masa aku jual hari ini 
Jual RM 760.00

Nampak banyak beza kan. Jumlah beza adalah RM423.00 hampir 1 dinar tu.
Yelah kan, apa boleh buat inilah pengalaman yang berharga bagi aku.
Lagipun untuk emas perhiasan ini, kalau nak untung ianya makan tahun.
Kecuali jika kita melabur pada emas jongkong.Spreadnya rendah.

Bulan 9 baru ini, aku menghadiahkan 1dinar kepada isteri tersayang. Memandangkan bagi aku emas perhiasan sudah cukup banyak, ubah kepada emas bar pula.
Aku beli dari dealer Public Gold. Memang banyak penerangan diberikan.

Uncang Public Gold

1 Dinar RM605.00 masa beli untuk hadiah harijadi isteri

Aku target untuk beli lagi 1 dinar emas pada bulan Nov 13 ini. Nampaknya tabung percutian Langkawi untuk bulan ini tak dapat isi la.

Yang bagusnya tentang emas bar ini, boleh digadai di Bank Rakyat Ar-Rahnu. Senang macam tu. Dulu tak boleh, sekarang boleh. Saya mesti pilley..

Tuesday, 29 October 2013

ASB- 30.10.2013

Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,506.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 10,521.00 

Yahoo...!! Alhamdulillah :)
Hari ini merupakan seperti hari raya bagi aku sekeluarga, dengan tekad menyimpan, kini jumlah simpanan telah mencapai 5 angka. Aku bangga dengan diri sendiri. Mungkin setengah orang sikit je dengan RM10k ni, tapi bagi kami..amat-amat besar.. 

Tak sangka juga, dengan adanya blog ni..membuatkan aku lebih komited dalam apa jua urusan terutama mengenai wang. Syukur alhamdulillah.

Kini simpanan ASB ku sudah mencapai 5% daripada RM200,000.00 
Moga dipermudahkan. Amin


Saja aku buat ilustri kat bawah ni untuk motivasi diri sendiri.. :)



Tuesday, 8 October 2013

ASB- 09.10.2013

Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,505.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 9,015.00

Monday, 9 September 2013

ASB- 10.09.2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,504.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM7,510.00



Friday, 23 August 2013

Review Jumlah Simpanan

Tadi, masa buat kira-kira perbelanjaan terkejut dengan jumlah simpanan yang dah buat
dari April 2013 hingga August 2013 hari ini.

Berbaloi mengikat perut dan belanja dengan berhemah. Ternyata rasa rugi bila dah terlewat buat simpanan camni.

Jumlah simpanan RM 20,870.00 selama 4 bulan lebih.
Termasuk ASB, emas dan simpanan bank.

Alhamdulillah..

Ayuh menyimpan sekarang!

Sunday, 4 August 2013

ASB- 05.08.2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 1,503.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 6,006.00

Simpan ke ASB dulu baru berbelanja raya. Ramai orang di post office untuk kuar wang ASB.
Nampak ramai orang isi borang merah berbanding aku borang biru untuk simpan.
Sebenarnya ini nekad, kalu diikutkan memang takde duit lebih untuk raya. Tapi alhamdulillah ada la skit
duit tabung dapat backup. So duit untuk simpan ASB tak berusik kepada raya.. 

Sampai kaunter, pegawai tu cakap.

"orang lain kuar, u plak masuk"  sambil sengih.

I balas

"beri ASB raya dulu, baru bleh raya cik"


 Memang perit, tapi kena berterusan kalu nak berjaya