Aku telah merancang untuk membawa bersama-sama keluargaku untuk bercuti, kali ini percutian yang paling eksklusif dalam diari hidup aku demi isteri tercinta.
Pintu utama ke Tanjung Jara Resort
Setiba di TJR, kami disambut oleh satu paluan gong menandakan ada ketibaan sampai. Setelah pintu kereta kami dibuka, para penyambut tamu membawa ke lobi untuk menikmati 'welcome drink' dan tuala basah penyegar muka setelah menempuh perjalanan yang jauh. Untuk urusan check-in juga di sofa lobi kerana mereka inginkan kami betul-betul berehat.
Welcome drink dan tuala basah
Hiasan teratai di hadapan lobi
Tandas dihadapan lobi
Kemudian, kami dibawa oleh seorang penyambut tamu menuju ke bilik bulan madu kami. Ketika dibawa dia menceritakan tentang sedikit latar belakang dan tunjuk arah TJR.
Berjalan menuju ke bilik sambil diberi penerangan
Restoran Di Atas Sungei
Memang mendamaikan dan teruja dengan suasana di sini. Segalanya bersih dan tersusun. Setiba di hadapan pintu bilik penginapan 3h2m kami, disediakan umbuk bunga kelapa di tangga. Mungkin sebagai isyarat ada penghuni berbulan madu di bilik. Jadi, mereka memberikan privasi yang secukupnya kepada kita.
Umbuk bunga kelapa
Setiba masuk ke bilik menuju bilik utama. Itu katil ke-2 untuk anak kami
Hiasan dalam bilik air
Bath tub
Sungguh romantik hiasan bilik tidur utama
Pandangan beranda dari dalam bilik
Subhanallah. Sungguh cantik pandangan dari beranda ini. Amat mendamaikan...
Panorama di hadapan bilik
Pandangan penuh laut di TJR
Suasana senja romantis
Sedar tak sedar, hari sudah senja. Sungguh mengasyikkan berada di bilik ini. Rasa seperti berada di dunia lain.
Panorama bagi bilik yang lain di TJR
Gazebo romantis di hadapan pantai. Damainya..
Suasana budaya melayu iaitu berkompang dan berselawat
Kolam renang utama
Sedikit shoot dari pandangan kolam renang. Sungguh cantik
Ternyata tiada kata-kata yang dapat diungkap ketika kami menginap disini. Semuanya sungguh istimewa. Mereka memastikan bahawa kita benar-benar mendapat privasi dan dilayan dengan penuh baik.
Insyaallah kami akan datang lagi ke sini.
Sepertimana hajat di sini sudah tercapai http://brunialamira.blogspot.com/2014/01/hidup-dibawah-kemampuan.html
bagus bro.. sekali sekala pergi bercuti dgn keluarga di tempat ekslusif..
ReplyDeletetmpat ni eksklusif amat haha. macam org kampung masuk bandar je gaya kami sekeluarga haha. nak makan pun tgok apa org makan baru order. tapi sini memang relax dan peaceful. siap boleh tolong pekerja diorg jagakan anak kami time kami makan.
ReplyDelete