Berdasarkan pada tajuk di atas, aku telah membulat keputusan untuk mengeluarkan kesemua simpanan tetap bulanan ASB aku sebanyak RM 16,000.00 untuk dipecahkan kepada instrument lain.
Antara sebab utama aku keluar dari ASB adalah faktor pewarisan harta apabila berlaku kematian. Ini kerana ASB tidak ada membuat sistem pewaris sepertimana KWSP dan Tabung Haji, dan yang ada hanyalah sistem Hibah. Iaitu bermaksud sebagai 'hadiah' apabila berlaku kematian pemunya akaun. Dan lagipun sistem Hibah ini apabila dah sign, tidak boleh ditukar-tukar lagi kecuali dibatalkan.
Sekiranya simpanan bawah dari RM10,000.00 pewaris boleh tuntut terus. Tetapi sekiranya lebih dari jumlah tersebut ia akan diamanah terus kepada Amanah Raya Berhad.
Dan sistem ini memerlukan masa yang panjang terutama bagi pengumpulan waris, naik turun mahkamah dan sebagainya. Pendek kata ianya makan masa berbulan-bulan malah bertahun. Apatah lagi memerlukan persutujuan semua pewaris.
Sedangkan aku tiada nanti, anak dan isteri memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan. Jika hal ini berlaku panjang, amat kesian kepada mereka. Wang ada tetapi tak boleh ambil terus sebab dah lebih RM 10,000.00
Jadi aku akan bertukar kepada instrument lain iaitu Tabung Haji.
Ini kerana Tabung Haji memerlukan kita menamakan pewaris 2 orang untuk kita. Dan apabila kita tiada kelak pewaris akan dapat wang simpanan kita tanpa melalui pihak ketiga. Pernah saya tanya kawan saya, katanya paling lewat 2 minggu duit akan dapat kepada pewaris.
Dan juga Tabung Haji tiada had simpanan berbanding ASB hanya RM 200,000.00 bagi 1 akaun dewasa.
Limit Tabung Haji
Insyaallah aku akan bermula menyimpan ke Tabung Haji bermula bulan ini.
Ternyata dalam disiplin menyimpan aku dapat lebih kurang RM 16,000.00 dalam masa 11 bulan.
Duit yang aku keluarkan dari ASB ini, hampir RM 10,000.00 aku laburkan kepada sawit yang baru nak buka seluas 8 ekar. Ini baru stage 1. Anggaran modal bagi sawit baru ini adalah sebanyak
RM 30,000.00
Aku tak pandang ke belakang, aku laburkan dulu duit ASB tu kepada sawit. Yang mana Insyallah memberi pulangaan setiap bulan pada 3 tahun akan datang.
Baki dari ASB tu, aku tambahkan gram emas ku untuk pelaburan fizikal di Public Gold Dinar
Dinar Emas Public Gold (sumber google)
Dan aku menambah satu lagi portfolio pelaburan dengan mendaftar online Fundsupermart.
Ini memudahkan aku untuk membeli unit trust secara online. Dan boleh memantau perkembangan semasa unit trust.
Aku memilih Kenanga Syariah Growth untuk permulaan unit trust di fundsupermart ini.
Insyaallah simpanan di unit trust ini dapat memberi belasan % dividen pada tahun-tahun akan datang. Dan ianya patuh syariah bagi unit trust yang aku pilih ini.
Insyaallah moga dipermudahkan segalanya. Dengan ini, aku akan kena fokus untuk Tabung Haji dan Unit Trust serta kebun aku untuk memastikan ianya berjalan lancar.
Halangan tetap ada..aku kena lah bersedia. Yang penting tahan nafsu dan kuatkan disiplin.
Hi. Jom singgah dah baca
ReplyDeletecara daftar dan tambah nilai pelaburan ASB secara online