Monday, 17 February 2014

ASB- 17.02.2014


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 2,009.00
Keluar: RM 0
Jumlah: RM 16,337.95

Wednesday, 12 February 2014

Keputusan Cabutan SSP BSN Januari 2014

Tahniah kepada pemenang

Keputusan cabutan SSP BSN bagi Januari 2014 telah diumumkan. Tahniah la kepada yang bertuah.

Sunday, 2 February 2014

Perancangan Dan Fail 2014

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah s.w.t

Perancangan bagi tahun 2014 nampaknya makin mencabar. Terutama dari segi kewangan dan modal.

Sepertimana biasa, setiap bulan aku peruntukkan sejumlah wang ke ASB-Ahlong aku ni, tetapi
nampaknya untuk tahun ni mungkin ditangguhkan.

Tangguh ASB mungkin kerana perlukan modal untuk file dibawah ini.

Senarai File Projek 2014

File 1:- Sawit 8 ekar usia 1 tahun.
             - start pada Mar 2013, sekarang usia hampir setahun.
             - modal sendiri hampir RM 35,000.00
             - Insyaallah akan menuai hasil purata pada akhir 2016.
           
Gambar sebelum -Mar 2013

Gambar terkini -Feb 2014
Kebun sawit ini aku jaga betul-betul. Rumput naik merimbun cantik, boleh buat adegan nyanyi filem hindustan


File 2:- Tebu Telur 1 ekar.
           - Alhamdulillah, aku beranikan lagi diri dengan menyewa tanah seluar 1 ekar dengan kos RM250 sebulan.
           - Tanah ini betul-betul berhadapan tanah sawit aku di atas tu.
           - Tuan tanah berani beri kepada aku sebab dia lihat sawit aku dijaga baik.
           - Aku telah siap kertas kerja dan pengiraan kos modal untuk tanam tebu telur.
           - Projek ni dijangka bermula March 2014. Insyaallah.
Contoh kebun tebu telur dari internet
Pasaran nanti aku akan jual untuk penjual air tebu berdekatan. Insyaallah.



File 3:- Kelapa Matag 2 ekar
          - Aku dalam usaha menunggu persutujuan tuan tanah untuk menjual tanah bukitnya.
          - Harga dalam RM 20,000 untuk 2 ekar. Tanah tiada geran.
          - Mungkin duit ASB aku guna untuk beli tanah ini.
          - Aku dah siapkan juga kertas kerja bagi tanaman kelapa matag ini.
          - Insyaallah akan start pada awal 2015.
Contoh pokok kelapa matag dari internet

Dengan harga kelapa di pasaran RM2 sebiji, kelapa matag ni boleh membantu untuk profit. Insyaallah.



File 4:- Sawit 8 Ekar (Baru)
          - Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Aku dapat 8 ekar tanah untuk diusahakan sawit juga.
          - Belum start lagi kerana modal tiada untuk sawit ini.
          - Slow-slow upah orang menebas.

File 5:- ASB Simpan Sendiri
          - Simpanan bulanan kemungkinan aku akan hold dulu.
          - Sebab modal untuk file lain diperlukan.
          - Andaikata modal ada lebih, aku pam ke ASB Ah-Long ini.



Inilah dia perancangan untuk peringatan aku pada tahun 2014 ini. Bukan senang untuk meneruskan apa yang dirancang. Pelbagai perkara kena tempuh.
- Sawit 16 ekar
- Kelapa Matag 2 ekar
- Tebu 1 ekar
Jumlah : 19 ekar tanah untuk diselaraskan modal dan pantauan supaya berjaya.

Insyaallah, 5-6 tahun mendatang hasil ini dapat aku simpan untuk bina/beli rumah. Memandangkan hingga kini aku menyewa. Aku laburkan dulu duit untuk bina/beli rumah kepada 19 ekar tanah ini
memandangkan disini, masa amat penting.

Semoga perjalananku dipermudahkan Ya Allah. Amin.

Monday, 27 January 2014

Hidup Dibawah Kemampuan

Aku syukur kepada Allah kerana beri aku kekuatan dan rezeki kepada aku.

Kadang-kadang aku penat. Aku bekerja boleh kata tak berhenti. Siang-malam.
Lepas balik rutin kerja harian, aku sambung berniaga pula sampai ke larut malam.
Manakala hujung minggu aku ke kebun pula untuk pastikan kebun menjadi .
Malam pula aku banyak baca buku perancangan kewangan,motivasi dan ekonomi.
Kiranya aku ni, pekerja-peniaga-pekebun (3 dalam 1)

Memang ada penat. Tapi selagi ada daya,aku terus..bila dah sakit semuanya akan terhad masa tu.



Dulu aku pernah join MLM sebab nak cepat hidup senang.
Tersungkur.
Habis dipulau adik beradik dan teman.
Last jual barang dalam rumah, vcd player untuk belikan susu anak.

Hingga aku bangkit kembali bersama isteri untuk pastikan anak-anak aku terjamin masa depan.

Alhamdulillah,..
Untuk setakat ini, aku tak pernah menyimpan hingga berbelas ribu. Inilah kali pertama aku dapat simpan hingga 5 angka. Syukur.

Dengan simpanan Ah-Long ASB aku ni, aku rasa mampu untuk memandu kereta impian BMW 325i series. Tetapi memadai aku memandu Honda lama 1990 yang berjasa ini. Dengan itu dapat simpan wang untuk pelaburan masa hadapan.

Aku mesti penuhkan dulu ASB dalam masa 7tahun dari sekarang.

Kereta Impian 

vs

Simpanan ASB RM200,000 impian
Sudah tentu penuhkan ASB pilihan tak ragu-ragu


Walaupun aku mengetat habis perbelanjaan, tetapi aku tetap adakan tabungan untuk percutian keluargaku bersama anak-anak. Supaya mereka tidak terjebak dalam stress bilamana aku membuat simpanan besar-besaran di tahun cabaran 2014 ini.

Untuk 2014, aku cuba cabar dengan bermula RM 2,000 sebulan dan dengan ini aku perlu hidup semakin ke dalam dibawah kemampuan sebenar.

Mampukah aku?



Percutian idaman 2014
Tanjung Jara Beach Resort, Dungun

Tuesday, 14 January 2014

ASB- 15.01.2014- Dividen ASB 2013

 penyata dividen ASB 2013


Simpanan seterusnya
Masuk: RM 2,008.00
Keluar: RM 0
Dividen 2013 7.7sen : RM 289.19
Bonus 2013  1.0sen : RM 3.76
Jumlah: RM 14,328.95

Hari ini, merupakan hari penuh debar bagi aku. Karena ingin update buku untuk ketahui dividen dan disamping untuk masuk wang kepada ah-long ASB ni.

Aku memang jangka, mungkin dapat lebih kurang RM 300 dividen jika perolehan dia beri 7.8sen seunit.
Tapi Alhamdulillah Syukur, aku dapat RM 289.19 bagi dividen dan bonus RM 3.76.

Ini merupakan detik permulaan yang baik bagi aku untuk akan datang.

Duit dividen ini aku tidak usik, biarlah aku peram.

Juga aku masukkan lebihan 500 bagi bulan ini, hasil simpanan dari bulan lepas. 

Aku tak sangka dengan adanya cermin ini, membuat aku komited untuk disiplin dalam menabung untuk keluarga dan masa depan anak-anak.

Sesungguhnya tidak ada jalan pintas untuk cepat berjaya. Memang banyak godaan mendatang.

Semoga paparan ini membuat aku bermotivasi untuk teruskan simpanan ini. Amin

Monday, 6 January 2014

Keputusan Cabutan SSP BSN Desember 2013

keputusan cabutan ssp bagi Desember telah diumumkan semalam melalui online BSN

Tahniah kepada pemenang bagi cabutan Des 2013.
Penantian lama telah ditunggu-tunggu, tiada tuah bagi aku. Tak mengapa kita hanya mencuba.

Insyaallah sebelum penutup Jan 14 ini aku akan tebus semula SSP aku ni kepada tunai dan pindahkan ia ke ASB aku. Sepertimana target didalam jadual aku.

Oh ya, ASB aku tidak update lagi dengan dividen, mungkin sebelum hujung Jan 14 aku akan update buku dan masukkan sekali dana simpanan sendiri aku ke ASB.

2014= Tahun meruncingkan bagi segalanya.

Sunday, 29 December 2013

Pemenang SSP BSN 1 JUTA Cabutan 28 Desember 2013


Warga tua pemenang Cabutan SSP
Petaling Jaya: Sambutan tahun baru kali ini lebih bermakna bagi warga tua, Rokeah Mohd Sidek, 77, apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) RM1 juta menerusi Cabutan SSP Disember. 

Seorang sukarelawan memilih nombor pada Karnival Cabutan SSP di Tropicana City Mall, semalam.

Kemenangan Rokeah dari Jelebu, Negeri Sembilan yang menjadi penyimpan SSP sejak 1990 mengakhiri Pencarian Jutawan RM1 Juta yang diadakan Bank Simpanan Nasional (BSN), sejak awal tahun ini. 

Naib Presiden Kanan BSN, Mohd Sofi Mat Jahaya, berkata Rokeah adalah antara 44,000 pemenang bertuah yang terpilih menerusi Cabutan SSP sepanjang tahun ini. “Kami percaya, kesetiaan Rokeah sebagai penyimpan SSP dengan jumlah pelaburan melebihi RM20,000 berbaloi apabila diumumkan sebagai jutawan SSP. “Semoga kemenangan Rokeah menjadi pencetus dan perangsang kepada pelanggan lain untuk menyimpan dalam SSP,” katanya pada sidang media di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam. 

Hadir sama, Pengerusi BSN, Tan Sri Abu Bakar Abdullah dan Timbalan Ketua Eksekutif BSN, Winston E Jeyaprakash. Mohd Sofi berkata, BSN akan menambah dua kategori baru dalam Cabutan SSP pada 2014 iaitu Cabutan Kenang Budi dan Cabutan Khas Korporat.

Sumber: http://berita.cari.com.my/news.php?id=70403


Tahniah kepada Makcik Rokeah dari Jelebu. Memang dianggap bertuah dengan simpanan konsisten dari tahun 1990.
Apepun aku masih menunggu keputusan untuk cabutan SSP BSN Desember 2013. Website BSN masih belum update lagi.